Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, pernah terdengar tak akan planner marketing sosial media? Planner marketing untuk laman sosial rasmi perniagaan adalah amalan yang biasa dilakukan bagi sesetengah organisasi kerana ada banyak kebaikannya.

Di dalam siri ini, Cik Lis akan bercerita tentang 7 sebab kena ada planner marketing sosial media untuk anda renung-renungkan.

1| Lebih teratur pemasaran digital kita

Bulan-bulan pertama bagi bisnes baru adalah antara waktu kritikal. Bukan mudah untuk balik modal pada tahun-tahun pertama perniagaan, jadi jika ada panduan, usahawan akan berasa lebih yakin. Dengan adanya sebuah pelan yang diadaptasikan daripada model perniagaan lain yang paling dekat sifatnya, secara tidak langsung usahawan dapat melihat gambaran dengan lebih menyeluruh dan belajar daripada modal tersebut.

2| Mempunyai kempen 12 bulan kehadapan mengikut tarikh-tarikh istimewa

Pelan pemasaran, atau marketing planner yang direka selalunya untuk tempoh setahun. Setiap bulan, sekurang-kurangnya perlu ada satu kempen dimana kebiasaannya dibuat mengikut tema tertentu pada bulan tersebut. Sesetengah kempen promosi juga boleh berlangsung lebih daripada sebulan, jika bersesuaian.

Contohnya, bulan Ogos dan September adalah sangat bermakna bagi rakyat Malaysia kerana ianya bulan menyambut ulangtahun kemerdekaan dan juga penubuhan Malaysia,jadi kempen yang berarah kepada patriotisme boleh dijalankan sepanjang 2 bulan ini.

Bagaimana nak buat setting untuk tema, terpulang kepada bentuk perniagaan usahawan itu sendiri. Boleh juga ikuti tema warna kempen umum tersebut. Contohnya, jika kempen tersebut ada kaitan dengan Hari Wanita Sedunia, warna ungu sangat sesuai kerana ianya warna yang global mengikut standard sedunia.

3| Senang mengukur hasil kempen

Dalam dunia pemasaran digital, antara cara untuk mengukur keberkesanan sesebuah kempen pemasaran adalah dengan statistik. Statistik ini boleh kita ukur dari page laman sosial khusus untuk perniagaan kita.

Pentingnya kebolehan untuk membaca statistik di Facebook atau Instagram Insight supaya kita tahu:

  • Post yang mana paling banyak atau kurang Engagement
  • Post yang mana paling banyak atau kurang Reach
  • Post yang mana paling banyak atau kurang Lead

Dan dari sini usahawan dapat menentukan sama ada untuk boost post tersebut dengan features Ads, jika nampak tanda-tanda yang iklan tersebut akan membawa lebih banyak keuntungan. Dan jika ada kekurangan, ianya boleh dibaiki dari semasa ke semasa.

Secara tidak langsung, usahawan akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk marketing jika dapat diuruskan dengan baik disini. Ahli pasukan yang mempunyai kebolehan untuk menganalisa data sebegini adalah sangat berguna, dan ianya boleh dicapai dengan adanya latihan tertentu.

4| Pemasaran digital lebih advance dan mengikut trending

Usahawan yang ingin mendapatkan idea bagaimana untuk mula menyusun planner marketing sosial media boleh menggunakan keyword “e-Commerce marketing calendar 2021.” Selain daripada takwim persekolahan dan cuti umum, kalendar sebegini akan menunjukkan juga tarikh trending untuk marketing e-Commerce seperti:

  • Major online shopping days: 09.09, 10.10, 11.11, 12.12
  • Perayaan seperti Hari Raya, Hari Raya Cina, Deepavali dan sebagainya
  • Kempen e-Commerce unik seperti MyCyberSALE, Lazada Birthday Sale, Black Friday dan sebagainya.

Sesetengah kempen seperti Hari Wanita Sedunia, Hari Ibu Sedunia, Bulan Kesedaran Kempen Kanser Payu Dara sangat sesuai dijadikan kempen dan promosi jika bisnes usahawan mensasarkan golongan wanita.

Dari sinilah team marketing usahawan boleh membuat perancangan seterusnya seperti haluan copywriting, pemilihan hashtag dan skema warna untu tema kempen tersebut!

5| Memudahkan kolaborasi dengan jenama lain

Bila ada pelan yang terperinci, senang untuk buat penyelarasan atau adjustment tertentu. Jika ada perancangan terperinci dan nampak hala tuju, tak mustahil untuk jenama lain tidak ralat untuk berkolaborasi dengan kita. Berkolaborasi dalam projek media yang sama secara tidak langsung menguntungkan kedua-dua jenama kita dan jenama lain tersebut apabila ada lebih daripada satu kempen marketing sedang berjalan dalam masa yang sama.

6| Memudahkan perancangan bersama ahli pasukan sekiranya perlu bercuti

Di dalam dunia norma baharu ini, kita kena cepat membiasakan diri dengan tidak lagi akan bersama sepanjang masa sepertimana bekerja di dalam pejabat atau ruang yang sama. Jadi, perhubungan melalui aplikasi pintar menjadi teman setia.

Namun, jangan lupa yang ahli pasukan atau pekerja juga ada had batasnya. Kalau mereka perlu bercuti, tak manis kalau kacau mereka bersama keluarga dan sebagainya. Dekat Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial kan dah ada ciri-ciri untuk post berjadual (Schedule post).

Jadi, jika dah ada perancangan, copywriting dan poster untuk kempen pun dah siap dari mula lagi, tinggal mana-mana Admin atau Moderator untuk business page kita tolong monitor atau pantau sahaja ya. Malah, kadang-kadang tak perlu pun pantau. Kan ada ciri Auto post? Hehe.

7| Mudah mengukur keberkesanan kempen dan mengulanginya semula untuk tahun hadapan

Lebih kurang sama dengan poin nombor 3 tadi. Tapi tak semestinya ulang konten yang sama, memadai yang usahawan atau team marketing boleh baca trend untuk post-post yang paling popular dan paling banyak dapat Lead serta Engagement untuk diadaptasikan ke tahun berikutnya.

Ulang balik langkah semak saranan kalendar e-Commerce atau kalendar Retail untuk tahun seterusnya, copy atau ubah sedikit konten untuk kempen tersebut dalam manual spreadsheet atau aplikasi canggih untuk marketing planner yang ada dan Voila! Usahawan sudah ada perancangan yang fresh untuk tahun berikutnya. Boleh lah susun semula bajet untuk marketing dan sebagainya.

Haaaa~ Kalau ada pasang niat perlukan latihan atau bimbingan untuk rasai pengalaman cipta planner marketing sosial media untuk bisnes sendiri, dan perlu pendedahan alatan atau Tools yang sesuai, Lunaworks sedia membantu anda!

 

Dengan barisan Certified Trainer yang berpengalaman lama di dalam industri dunia pemasaran digital, Lunaworks telah melatih ramai pemilik perniagaan, ejen, stokis, penyedia servis samada dari sektor awam mahupun swasta untuk mencapai target yang diingini di dalam bidang ini.

Walau apapun niche atau nature bisnes usahawan, Lunaworks sedia untuk membantu anda membuat planner marketing sosial media anda sepanjang tahun! Daftar kelas Marketing Planner untuk anda mahupun team usahawan anda di link ini disini ya

%d bloggers like this: