Bagi yang mencari program percuma untuk mengajar ilmu keusahawanan digital, jom daftar bersama eUsahawan untuk kelas online PERCUMA!
Cara Daftar eUsahawan untuk Kelas Online
EUsahawan adalah sebuah program keusahawanan yang dilaksanakan oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Berfokuskan kepada kumpulan sasaran peniaga kecil dan sederhana (PKS), objektif utama program ini adalah untuk mendorong peniaga terlibat secara aktif di atas talian dengan bantuan dari segi pembangunan modal insan dan infrastruktur yang bersistematik.
Kriteria utama pemilihan sebagai calon kelas online eUsahawan semasa mendaftar adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas!
Cara untuk mendaftar eUsahawan ini dikongsi oleh salah seorang Master Trainer untuk program kelas online ini, Puan Suraya Ali. Poin penting persediaan sebelum kelas adalah seperti berikut:
#1 Persediaan Mental yang bersedia untuk belajar, walaupun ianya program PERCUMA untuk pendaftaran kali pertama.
Betul, anda tidak perlu untuk membayar yuran kerana ianya percuma untuk rakyat Malaysia. Namun, masa yang akan diluangkan nanti bukan percuma ya. Malah, jika anda bernasib baik terpilih untuk program ini, ketahuilah yang KUOTA TEMPAT ADALAH TERHAD, BERGANTUNG KEPADA GERAN YANG DIBERIKAN PADA TAHUN SEMASA.
Jika terpilih, manfaatkan peluang ini semaksimum mungkin ya.
#2 Link pendaftaran bersama Master Trainer eUsahawan, Puan Suraya Ali
Tentatif penuh dan butiran lanjut yang perlu diisi ada di link ini. Layari link ini dan lengkapkan borang untuk pendaftaran kelas eUsahawan disini ya.
#3 Apa yang perlu disediakan oleh peserta sebelum masuk ke kelas online
Sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, ada kelas yang dijalankan di pusat tertentu yang ditentukan oleh MDEC secara bersemuka antara pengajar serta pelajar. Pelajar hanya perlu membawa telefon pintar (smart phone) dan komputer riba (laptop). Internet ada disediakan, namun dinasihatkan juga untuk membawa sendiri punya bagi memastikan kelas terus lancar.
Norma baharu, maka cara baharu. Kelas adalah di atas talian (online), jadi smart phone, laptop dan internet yang stabil adalah penting. Dan nasihat Lis, sediakan juga tetikus (mouse) untuk laptop ya supaya lebih mudah untuk mengikuti langkah yang diajar di dalam kelas nanti.
Kelebihan Daftar Kelas Online eUsahawan
Ianya adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu peningkatan pendapatan melalui platform digital. Bermula pada tahun 2016, program ini telah membantu ramai usahawan membuat lonjakan dari segi keuntungan perniagaan mereka. Rekod sehingga Disember 2020 mencatatkan seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta!
Bagi yang dah lama berniaga namun belum memanfaatkan online marketing seperti Facebook Page, Instagram, WhatsApp for Business, e-commerce marketplace seperti Shopee dan sebagainya adalah SANGAT DIGALAKKAN UNTUK MENDAFTAR KE KELAS EUSAHAWAN. Rugi tidak menggunakan saluran pemasaran (marketing channel) yang pantas dan lebih efektif untuk jangka panjang perniagaan dengan cara ini.
Ilmu digital yang akan dipelajari adalah asas perniagaan, Facebook, Instagram, Google My Business, SEO (Search Engine Optimization) dengan Google Trends, cipta digital poster dengan aplikasi Canva, asas Shopee dan sebagainya!
Peserta untuk asas kelas Level 1 berpeluang untuk mengikuti kelas advance yang juga PERCUMA setelah melepasi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MDEC.
Jom Daftar eUsahawan bersama Master Trainer yang berpengalaman!
Baca dengan lebih lanjut tentang program eUsahawan disini.
#SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #LonjakanDIGITAL #MYMDEC #eusahawanmy #PKPtime