Apa itu Geran MARA website SEO? Terlebih dahulu ingin kami tanyakan beberapa soalan…

Adakah para usahawan berminat untuk mendapatkan servis penulisan SEO bagi menaikkan ranking website perniagaan? Namun, pada masa yang sama, kekangan kewangan pula merupakan salah satu cabaran bagi para usahawan dan perniagaan tersebut? Jangan risau, kerana kami di Lunaworks sedia untuk membantu.

Lunaworks Alliance PLT merupakan salah satu pemudahcara yang dilantik oleh pihak MARA bagi mengendalikan sebuah projek Geran MARA (DigitalBiz) berasaskan website SEO yang bernilai RM11,500 pada tahun 2022 ini. Ia juga merupakan subsidi yang dibekalkan oleh pihak MARA, dalam membantu para usahawan dalam dunia online marketing.

Bagaimana Geran MARA website SEO dapat membantu perniagaan?

Apa itu SEO? SEO bermaksud Search Engine Optimisation. Dalam erti kata lain, dengan teknik penulisan SEO yang baik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Google, ia dapat membantu dari segi branding, agar perniagaan para usahawan lebih mudah muncul di first page ranking Google. Berbekalkan kelebihan ini, perniagaan para usahawan juga akan lebih mudah dikenali dan dicari oleh bakal pelanggan.

Cara untuk mendaftar Geran MARA (DigitalBiz)

geran mara website seo

Setiap pakej Geran MARA (DigitalBiz) adalah termaktub dengan nilai RM11,500 untuk tempoh 6 bulan selepas permohonan diluluskan. Setiap usahawan dibenarkan untuk mendaftar SATU PAKEJ SAHAJA. Di bawah Geran ini juga, Lunaworks Alliance PLT telah menyediakan sebanyak DUA pakej buat para usahawan. Antaranya ialah:

  1. Pakej A buat para usahawan yang masih belum ada website perniagaan – Supply & Install SEO Friendly Website, Penulisan SEO Artikel dan Blog Review.
  2. Pakej B pula bagi para usahawan yang sudah memiliki website perniagaan – Penulisan SEO Artikel & Blog Review.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa para usahawan perlu memenuhi kriteria-kriteria di bawah sebelum mendaftar:

  1. Mempunyai Sijil SSM
  2. Mempunyai Lesen PBT
  3. Memiliki Premis Perniagaan

Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi, para usahawan boleh membuat pendaftaran di sini.

Langkah pendaftaran Geran MARA website SEO

geran mara website seo

Setelah membuat pendaftaran bagi Geran MARA website SEO, terdapat beberapa langkah lagi yang perlu para usahawan ikuti. Ini antaranya:

  1. Setelah mendaftar di borang Onpay, team Lunaworks akan menggunakan butiran yang diterima tersebut untuk menghubungi para usahawan.
  2. Sesi pengesahan kriteria akan dilakukan sekali lagi ketika para usahawan dihubungi.
  3. Setelah pengesahan, team Lunaworks akan set kan satu sesi short briefing khas untuk menjelaskan pakej-pakej tersebut dengan lebih mendalam.

Mudah sahaja nak mendaftar Geran MARA (DigitalBiz) website SEO ni kan? Ayuh daftar segera bersama Lunaworks Alliance PLT.

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang keusahawanan, boleh layari laman Lunaworks.co.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

%d bloggers like this: