What People Are Saying

Alhamdulillah selesai sudah kelas strategi pemasaran Konten Tik Tok selama 2 hari bersama Team Lunaworks. Pendekatan yang digunakan oleh Cik Sue sangat mudah difahami.Komunikasi dua hala yang sangat jelas susunan kandungan pembelajaran sangat menepati keperluan pembelajaran saya. Saya buat apa yang di ajar dalam kelas dan hasilnya video yang saya post di tiktok terus FYP. Terima Kasih Cik dengan ilmu yang diberi.Teruskan usaha mendidik usahawan tanpa jemu.
Hanna Adib

Cik Sue profesional dalam handle crowds.
Walaupun student berbeza background business, tapi secara umumnya kami as student mudah catch up.
Dari segi content yang disampaikan oleh cik sue semua baru untuk saya. Cik Sue bagi berkongsi idea juga untuk up kan lagi content. Pengisian padat dan mudah kami faham.
Santai, refreshing, colourful, ada selit sikit jokes tu yang buat kelas best , thankyou cik sue dan MARA, bagi peluang pada kami untuk join kelas konten tiktok.
Klinik Dr Norman

Assalamualaikuam..
Saya Rose dari Melaka. Salah seorang peserta kursus Pemasaran Tiktok untuk perniagaan.
Pengalaman saya selama 2 hari amat memberikan saya pengalaman baru mengenai cara kita untuk maju dalam dunia online iaitu salah satu platform yang tengah popular masa kini iaitu TIKTOK. Banyak benda baru yang saya belajar terutama ADS TIKTOK yang amat2 mudah tapi sangat bagus untuk perniagaan saya. Saya amat amat berterima kasih pada Mara Dan juga Ciksue kerana memberi peluang kepada saya untuk mendalami ilmu pemasaran Tiktok.
Followers saya naik 400 selepas join kelas TikTok dengan ciksu.

Trisyia Mayra

Sebelum join kelas Content Marketing Planner ini, saya sebenarnya tangkap muat je bila buat posting. Tambahan pula saya berniaga secara part time, jadi ikut dan ajelah.

Bila ikut dan atau tangkap muat ni, biasalah kadang-kadang jadi mati kutu nak keluarkan idea. Atau kadang-kadang terbabas terlupa nak tulis apa terutama bila kerja hakiki tengah sibuk.

Saya tak ada masalah untuk menulis copywriting tetapi, masalah saya adalah lebih kepada bagaimana saya nak susun marketing plan saya dengan lebih profesional walaupun saya buat secara part time.

Lepas join kelas Cik Sue, saya belajar banyak perkara. Kelas ini diadakan secara online selama 3 jam tapi paling best siap dapat join FB Support Group dengan Cik Sue untuk follow up.

Cik Sue ajar bagaimana untuk atur KEMPEN, tetapkan HERO, dan buat COPYWRITING dengan menggunakan template Content Marketing Calendar yang beliau sediakan.

Mudah sangat nak ikut. Saya rasa seronok dan bahagia bila dapat belajar cara buat marketing calendar untuk 1 tahun terus. Dalam kelas, Cik Sue ada komunikasi 2 hala jadi Cik Sue bantu juga kita mengikut kesesuaian bisnes kita.

Saya highly recommend kelas ini kepada para usahawan online terutama yang baru belajar berniaga dan mencari cara untuk susun kempen harian, bulanan dan tahunan.

Terima kasih, Cik Sue!
Ain Suffian

Salam. Terima kasih Lunaworks kerana menyampaikan kursus Pemasaran melalui media sosial dan edagang (asas).

1. Google Business Profile – pengalaman baru dan bagus untuk menyatakan kewujudan perniagaan anda.
2. Kelebihan diantara FB profile dan FB page. Page hendaklah diuruskan setiap hari agar ‘up to date’. Topics apa yg perlu disampaikan ketika mengemaskini fb page.
3.Shopee – jangan sekadar membeli tetapi kita juga membuka kedai sendiri untuk menjual.
4. WhatsApp – lebih baik menggunakan WA BUSINESS sekira berniaga.
5. Instagram – bagaimana nak link antara fb page & IG.
6. Tiktok – jika fb dengan storytelling, IG dengan gambarnya tetapi tiktok lebih kepada menyampaikan mesenteric melalui video2 pendek malah boleh juga mewujudkan kedai secara maya.
7. Copywritting – bagaimana nak gunakan formula Awareness. Interest. Desire. Action (AIDA).

Dengan masa yg singkat tapi secara umumnya asas medium media sosial untuk pemasaran berjaya dikongsikan kepada para peserta.

Uda As

 

 

Hi assalamualaikum cik sue😍 saya yana kalau cik sue ingat. Saya nak share pengalaman saya belajar dgn Cik Sue
First , saya minat cara Cik Sue bagi ucapan and bgi audience untuk dgr means cik sue ckp lemah lembut even budak2 nakal hehehe😜. Second , cara penerangan cik sue mmg sangat mudah difahami dan cik sue share ilmu dgn penuh kasih sayang . Third, cik sue tak penat pon ajar pelajar cik sue ulang byk kali and cik sue sentiasa awasi kitaorang if kitaorg boleh buat atau tak jadi disebabkan itu membuatkan saya rasa semangat nak belajar and tak takut untuk bertanya 👍🏻 Next , teams lunaworks semua mmg terbaik 😍 semua baik2 belaka , sentiasa ada untuk pelajar yg ingt bertanyakan soalan. Saya kalau ada peluang lagi mmg saya teringin sangat nak belajar lagi and nk intern dengan teams Lunaworks , vibes teams mmg best gile buatkan rasa lgi semangat nak belajar ❤️. Disebabkan cik sue dan Lunaworks, saya lebih yakin untuk ke pentas untuk presentation sebab cik sue tk penah mengeluarkan kata2 negatif 🏻 Sayang ciksue and Lunaworks.
Nnuryana