Kali ini, Lunaworks ingin berkongsi beberapa tips dan cara untuk meneruskan kelangsungan perniagaan semasa musim perlaksanaan PKP. Dan topik kali ini lebih ke arah penggunaan platform digital secara optimum kerana semakin ramai rakyat Malaysia memanfaatkan platform digital, terutamanya di dalam urusan jual beli serta berkomunikasi.
[1] Mulakan cara perniagaan di atas talian (online)
Cara perniagaan ini yang paling penting semasa PKP. Setelah setahun lebih kita berdepan dengan norma baharu dan keadaan tidak menentu, sudah ramai yang sedar akan kepentingannya dan memberi fokus kepada perniagaan mereka di platform digital marketplace seperti Shopee, Lazada, Grab, FoodPanda, TnG eWallet serta pelbagai jenis e-hailing lain.
Platform sebegini juga menjadi semakin maju kerana banyak features baru yang boleh digunakan untuk pembeli Contohnya, Shopee menyediakan opsyen pemberian diskaun , kupon voucher dan yang paling baru (semasa artikel ini ditulis) adalah tawaran add-on untuk membantu peniaga memberikan servis untuk bakal pembeli mereka.
[2] Gunakan pelbagai medium media sosial untuk pemasaran
Selain daripada Facebook, Youtube dan Instagram, TikTok juga semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Pemasaran dengan TikTok boleh menjadi profesional kalau kena caranya, tak perlu menari-nari untuk mempromosikan produk pun tak apa ya.
Oh ya. Instagram juga ada Reels sekarang yang berfungsi seakan-akan TikTok juga dan baru dilancarkan pada tahun 2021 ini. Dan Shopee juga sudah ada Feeds untuk penjual berinteraksi seperti laman Facebook dan Instagram.
[3] Cipta akaun Google My Business
Umumnya, semua orang tahu yang Google Search adalah enjin carian yang paling popular di dunia. Salah satu cara untuk memanfaatkan penggunaan Google Search adalah dengan mendaftarkan perniagaan anda dengan akaun Google My Business (GMB).
Dengan akaun ini serta teknik SEO yang betul, nama bisnes serta jenama anda boleh tercatat di halaman pertama dan tidak mustahil untuk duduk di tempat teratas! Senang bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada untuk mencari anda nanti.
[4] Mula memiliki website blog untuk bisnes sendiri
Penulisan konten di blog adalah malar hijau (evergreen) dan tahan lama. Hal ini kerana penulisan di blog adalah lebih ‘mesra’ dengan Google, lebih-lebih lagi jika orang mencari di Google dengan katakunci (keywords) tertentu.
Menulis dengan teknik Search Engine Optimization (SEO) membantu penulisan kita di blog naik ke halaman pertama dan seterusnya tangga ke atas dalam senarai pencarian.
Buat permulaan, memadailah menggunakan website dengan domain percuma untuk hanya sekadar mempunyai landing page.
[5] Konsisten dalam posting di media sosial
Ketahui bila masa yang sesuai untuk membuat posting di akaun media sosial untuk bisnes kita dengan memanfaatkan fungsi Audience Insight.
Kalau boleh, buat hari-hari dan kerap. Dengan adanya pelan perancangan pemasaran (content planner), pengisian konten menjadi lebih mudah.
[6] Sediakan lebih daripada satu platform pembayaran kepada pembeli
Selain memberikan nombor akaun untuk bank-in, cara lain yang popular adalah dengan e-Wallet dan Cashback reward.
[7] Jalankan kempen pemasaran
Ada yang mengesyorkan pemasaran melalui e-mel. Betul. Senang nak blast e-mel untuk kempen promosi yang akan dijalankan. Dengan aplikasi WhatsApp pun boleh blast kepada ramai orang secara serentak sekarang dengan cara yang tertentu. Jika ayat pemasaran betul dan ada tertib, pasti ramai yang akan lebih berminat untuk mendekati jenama dan produk kita.
Bagi yang dah tahu cara perniagaan semasa PKP dan mencari tempat untuk belajar asas berniaga secara online dengan PERCUMA, jom sertai program e-Usahawan!
Program e-Usahawan adalah program tajaan kerajaan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital kepada usahawan mikro, desa dan belia untuk menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan menerusi platform digital yang berkembang pantas dan menguntungkan.
Apa kata bekas peserta e-Usahawan kita?
Baca dengan lebih lanjut tentang program e-Usahawan disini.
Sejak Januari 2016 sehingga Disember 2020, seramai 408,016 usahawan muda dan desa telah dilatih dan daripada jumlah ini, seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta (Portal Malaysia.gov.my)
Jom mendaftar sebagai calon kelas e-Usahawan bermula disini hari ini!
https://ezy.la/eusahawan2021
https://ezy.la/eusahawan2021
https://ezy.la/eusahawan2021