Pernahkah anda terdengar akan program e-Usahawan anjuran MDEC, agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum ini?

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan sebagai pelaksana pembangunan ekonomi digital negara untuk bergerak ke hadapan. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan setiap tahun adalah program e-Usahawan.

Jadi, apa itu Program e-Usahawan anjuran MDEC, KKMM?

Program e-Usahawan bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital kepada usahawan mikro, desa dan belia untuk menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan menerusi platform digital yang berkembang pantas dan menguntungkan.

Ianya adalah sebuah program tajaan kerajaan terbuka dan percuma untuk seluruh warganergara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Program yang bermanfaat ini dibangunkan dengan silibus yang direka bersama-sama dengan pakar di dalam industri berkenaan supaya menepati kehendak semasa dan masa akan datang. Malah, modul yang diterapkan juga diiktiraf oleh badan akreditasi bertaraf antarabangsa, Ofqual United Kingdom.

Sejak Januari 2016 sehingga Disember 2020, seramai 408,016 usahawan muda dan desa telah dilatih dan daripada jumlah ini, seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta – Portal Malaysia.gov.my

Pentingnya untuk setiap rakyat Malaysia mahirkan diri dengan ilmu pemasaran digital kerana platform online adalah tempat yang paling selamat untuk meneruskan perniagaan walau apapun rintangan yang mendatang, lebih-lebih lagi dengan keadaan global yang tidak menentu sekarang yang menyukarkan untuk sesama kita bersua walaupun hanya berjarak satu meter.

Antara senarai asas kemahiran yang diterapkan di dalam modul program e-Usahawan:

Program e-Usahawan MDEC KKMM 2

Program e-Usahawan MDEC KKMM 3

Ini juga bermakna, tenaga pengajar yang diambil bukan calang-calang orang ya. Barisan Trainers dan Master Trainers mempunyai kepakaran tertentu di dalam bidang masing-masing dan perlu menjalani latihan serta melepasi ujian tertentu supaya benar-benar layak untuk membimbing peserta e-Usahawan.

Untuk bantu belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana supaya seiring maju dengan yang lain, kenalah berikan yang terbaik, kan?

Dah ramai pengguna media sosial di internet, tapi kalau nak naikkan kan lagi sales tanpa perlu banyak bergerak ke sana ke sini, akaun media sosial serta kedai online kita pun kenalah berwajah profesional kan?

Bagi yang pertama kali akan hadir, anda akan bermula dengan tahap 1 (Level 1) terlebih dahulu. Peserta e-Usahawan yang telah menamatkan tahap 1 ini akan bergerak ke tahap seterusnya selepas melepasi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MDEC.

*TEMPAT ADALAH TERHAD, MENGIKUT JUMLAH GERAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN PADA TAHUN SEMASA.

Jom daftar ke kelas e-Usahawan bersama Master Trainer, Puan Suraya Ali (TB083)!

 

Biodata Ringkas Puan Suraya Ali

  • Certified Master Trainer eUsahawan oleh MDEC sejak tahun 2016
  • Salah seorang Facebook Lead Trainer yang mewakili Malaysia
  • Certified Digital Marketing Professional oleh Digital Marketing Institute Ireland
  • Pemegang Diploma dari LRN Level 3 Digital Enterpreneurship
  • Juga Business Coach for VEST dan Program PeDAS serta Digital Small Business Accelerator (DSBA) Programme oleh MDEC

Antara pencapaian cemerlang beliau berkaitan dengan program e-Usahawan MDEC adalah:

Program e-Usahawan MDEC KKMM 1

  • The Most Popular Trainer Social Media (2018)
  • Top Trainer (April) 2020

Apa kata bekas peserta e-Usahawan MDEC KKMM ini?

Daftar sebagai calon peserta eUsahawan di sini https://ezy.la/eusahawan2021 hari ini!

#SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #LonjakanDIGITAL #MYMDEC #eusahawanmy #PKPtime

Baca Tujuh Cara Mudah Belajar SEO untuk Website Bagi Usahawan disini.

%d bloggers like this: