Tips Facebook Marketing Malaysia – Kumpulkan ‘Niche’ Pelanggan
Usahawan sentiasa mencari tips Facebook Marketing Malaysia untuk perniagaan kita kan. Bila kita sudah ada FB Page dan buat FB Ads, kita mesti ada CTA (call to action) iaitu kemana yang patut pembaca klik jika berminat untuk membelinya?
Kalau boleh, buat satu grup sosial untuk pembaca pada niche yang sama berkumpul.
Macam dalam contoh di bawah ialah grup ‘Lunatots Parenting Support Group’ dimana individu yang mahu mendapatkan ilmu tentang breastfeeding dan parenting boleh sertai.
Dalam grup ni ada pelbagai tetapan antaranya kita boleh benarkan semua buat hantaran (post) atau Admin sahaja.
Admin juga boleh lebih dari seorang untuk setiap grup.
Bagi perniagaan jenis fesyen boleh letakkan tips-tips fesyen didalam grup. Interaksi dengan nama grup yang sama dapat membantu sesebuah brand.
Perniagaan jenis pertanian, buka grup dan kumpulkan peminat niche ini didalamnya.
Beri sebab untuk mereka rasa berbaloi berada didalam grup ini.