Artikel ini adalah mengenai Cara Mudah Belajar SEO untuk Website Bagi Usahawan. SEO ialah Search Engine Optimization yang bermaksud apabila kita mempunyai laman web (website) dan prospek mencari kata kunci (keyword) di laman carian (search engine), laman web kita berada di mukasurat pertama. Hampir 90% individu didunia menggunakan Google sebagai kata carian dan bolehlah kita katakan search engine yang terkenal ketika ini adalah Google.Walaupun Google mempunyai lebih dari 10 muka surat tetapi kita tetap mahu laman web kita di muka surat pertama Google. Kalau boleh nak top 3 iaitu tiga yang teratas.

Belajar SEO untuk Website

Google mempunyai 10 muka surat yang memaparkan laman web dengan kata carian tertentu

Bagaimana Cara Mudah Belajar SEO untuk Website Bagi Usahawan

1. Kena Ada Website Dulu

Usahawan kena ada website untuk perniagaan terlebih dahulu. Paling mudah dapatkan website ialah dengan cara mengupah individu yang mahir untuk melakukannya. Kita juga boleh melakukannya sendiri samada dengan cara menghadiri kelas ataupun belajar sendiri. Mudah jika ada orang yang mahir kerana jika berlaku sesuatu yang memerlukan bantuan teknikal, ada orang yang boleh dirujuk.

Usahawan juga boleh mendapatkan website dengan subdomain percuma seperti WordPress.com. Lunaworks juga ada mengadakan kelas untuk cara mudah belajar SEO untuk website.

 

2. Cipta bahagian blog

Laman web biasanya bersifat statik dimana tidak banyak informasi yang perlu kita tambah setiap hari. Laman web atau website kita memerlukan bahagian blog yang dinamik dimana artikel seperti tips dan petua boleh dikongsikan dengan pembaca. Siapa tahu pembaca blog kita mungkin adalah prospek yang berminat dengan servis kita!

 

3. Content Digging

Terdapat tiga bahagian yang perlu diperhatikan semasa proses content digging iaitu jenama, servis dan juga masalah yang diselesaikan oleh perniagaan kita. SEO yang lengkap merangkumi tiga perkara ini apabila prospek melakukan carian di Google.

4. Cari katakunci (keyword) sesuai

Katakunci ataupun keyword merupakan nadi dalam sesebuah SEO. Dengan menggunakan keyword yang tepat, ia dapat membantu laman web kita berada di page pertama enjin carian.
Kita boleh menggunakan Google Auto Complete dan juga Google Search Related untuk mencari keyword yang kita mahukan untuk laman web kita.

belajar SEO untuk website

Google Search Related yang memaparkan senarai kata kunci carian prospek

5. Mula menulis dan masukkan keyword

Ini bahagian penting. Jika keyword ialah kepala, isi penulisan adalah umpama anggota badan. Kita boleh menggunakan format 1 husband dan 4 wives iaitu 1 How (Bagaimana) dan 4 What (Apa), Why (Kenapa), Who (Siapa) dan When (Bila) didalam isi penulisan kita.

Perkara paling utama ialah menyampaikan kefahaman kepada pembaca.

 

6. Masukkan gambar dan rename mengikut keyword

Gambar adalah penyeri sesebuah artikel. Sangat penting untuk tidak membuatkan pembaca merasa bosan dengan penulisan kita. Namakan semula (rename) nama gambar kita dalam komputer kepada keyword kita sebelum memuatnaik artikel kita.

 

7. Langkah Terakhir Belajar SEO untuk Website ialah Tulis sekurang-kurangnya 350 patah perkataan.

Sebuah artikel yang baik utnuk SEO friendly perlulah mempunyai minimum 350 patah perkataan. Kebanyakan blogger dan penulis sudah mula berlatih menulis 2000 patah perkataan ke atas untuk berada di laman carian Google yang pertama.
Namun sekiranya kita masih baru, cukuplah dengan 350 patah perkataan terlebih dahulu.

%d bloggers like this: