Bagi pemilik bisnes, dropshipper mahupun ejen, jika dapat pegang beberapa ciri menulis di media sosial ini adalah satu kelebihan besar. Ciri adalah sifat, dan disini kita fokus kepada sifat penulisan itu sendiri.

Apapun objektif copywriting (i.e. untuk menaikkan jualan, follower dsb), usahawan mesti ada matlamat atau target i.e. jualan produk tertentu sebelum memulakan copywriting marketing untuk FB Page.

5 ciri menulis di media sosial yang perlu ada

S| SPESIFIK

Tengok balik platform media sosial kita. Jika Page bisnes kita untuk bisnes kedai makan, maka penulisan kita akan tentu lebih banyak berkisar tentang makanan dan niche lain yang berkait dengan makanan. Tetapi jangan lupa, apa yang ditulis itu haruslah sesuai dengan follower, prospek atau pelanggan yang singgah ke page kita tersebut.

Contohnya, jika daripada FB Insight kita dapat lihat yang rata-rata orang yang singgah di page kita tu paling ramai golongan yang berumaur antara 30-40, dan lebih ramai wanita daripada lelaki, cuba sediakan isu copywriting yang golongan ini boleh relate dengan kehidupan seharian mereka.

M| MEASURABLE

Dalam kelas-kelas penulisan copywriting, anda didedahkan dengan objektif menulis seperti:

  • To Educate
  • To Inform
  • To Engage
  • To Entertain
  • To Inspire
  • To Sell

Daripada To Educate ke To Inspire tu memang lebih bersifat ‘Soft Sell’ dimana kita tak terang-terang nak jual produk atau servis kita. Hanya sekadar benda yang ada kaitan dengannya ataupun sekadar untuk menarik minat Followers dan prospek dengan menceritakan isu semasa berkaitan dan sebagainya.

FB Insight adalah antara Tools yang sangat berguna untuk mengumpul data bagi membuat kayu pengukur. Dari situ kita dapat lihat berapa banyak Engagement untuk satu-satu post kita. Berapa banyak Liked, Subscribed dan Comment itu boleh menjadi pengukur samada topik tersebut releven untuk kumpulan umur Follower yang mungkin jiga adalah prospek bisnes atau servis yang kita sediakan. Cara ini lebih popular untuk konten yang bersifat ‘Soft Sell’.

Konten yang bersifat ‘Hard Sell’ pula lebih senang untuk ukur Lead sebab adanya link untuk Call To Action (CTA) yang biasanya diletakkan paling-paling dalam bentuk nombor person-in-charge (PIC) untuk servis atau produk tersebut. Cumanya, cara ini memerlukan PIC tersebut merekodkan jumlah tersebut secara manual.

Baca tentang Tips Facebook Marketing Malaysia Di Sini

A| ATTAINABLE

Attainable disini merujuk kepada munasabah untuk sesuatu matlamat itu untuk dicapai oleh kita sendiri. Contohnya, matlamat untuk mendapatkan Like lebih daripada 100 daripada post organik dalam masa sebulan.

R| RADAR

Radar, atau perkara yang masih dalam radius yang kita boleh kawal. Contohnya, target untuk team grafik design menghasilkan 3 poster sehari itu di dalam radar kita atau tidak?

T| TIME BOUND

Time bound berkait dengan jangka masa. Apapun jenis perancangan memerlukan satu tempoh jangkamasa tertentu untuk dijadikan panduan dan target berfokus. Tujuan utama kena ada panduan sebegini? Semestinya adalah ada kawalan supaya perancangan tak ke laut mahupun ke langit kan.

Perlukan Panduan Merancang Konten Untuk Media Sosial? Klik Di Sini

 

%d bloggers like this: