Antara salah satu strategi digital marketing Pinn Yang iaitu seorang influencer yang mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia kerana videonya yang menggunakan social experiment secara rawak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. “Awak ada 5 sen tak?” mesti anda pernah dengar ayat tu suatu masa dulu dekat TikTok kan? Warganet ketika itu mula tercari-cari dan menunggu kemunculan Pinn Yang di sekitar Bukit Bintang dek kerana mahu dapatkan “hadiah special” dari Pinn Yang.

Strategi Digital Marketing Pinn Yang
Sumber: Facebook Pinn Yang

Personaliti Internet Pinn Yang

Nicholas Lim Pinn Yang atau lebih dikenali sebagai Pinn Yang merupakan seorang usahawan yang memperoleh pendidikan Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dan Sarjana dalam Teknologi Maklumat serta pengalaman selama lebih dari 15 tahun dalam industri digital marketing, Kepakaran beliau dalam digital marketing, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (machine learning) dan analisis data.

Beliau kini merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Pinn Yang Digital Solutions. Antara lain-lain syarikat terkait di bawah naungan beliau adalah seperti Pinn Yang Academy, Good Foodie dan Pinn Yang Insights.

Strategi Digital Marketing Pinn Yang
Good Foodie Media milik Pinn Yang

Jom Cik Min Kongsikan Strategi Digital Marketing Pinn Yang !

Teknologi Terkini Yang Digunakan Dalam Strategi Pinn Yang

Antara strategi digital marketing oleh Pinn Yang adalah beliau sering membuat konten video pendek di TikTok nya bersama orang awam. Strategi ini mendapat sambutan yang hebat oleh rakyat Malaysia. Konten seperti social experiment dapat membantu orang yang memerlukan serta berkongsi kebahagiaan menurut Pinn Yang. Ianya bukan sekadar marketing semata-mata, namun beliau sedia membantu orang yang memerlukan.

TikTok Pinn Yang yang menunjukkan social experiment bersama orang awam

Memanfaatkan Mikro-Influencer dalam Strategi Pinn Yang

Pinn Yang juga menggunakan strategi digital marketing yang melibatkan mikro-influencer di Malaysia untuk melebarkan sayap pasarannya. Bergabung dengan mikro-influencer yang mempunyai pengikutnya yang lebih setia akan menjadikan kempen lebih berkesan terhadap pengguna.

Contoh kejayaan menggunakan mikro-influencer dalam strategi digital marketing Pinn Yang termasuk kempen yang dijalankan oleh jenama-jenama kecil yang dapat mencapai hasil yang luar biasa dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan bekerjasama dengan influencer terkenal.

Ini menunjukkan betapa berkesannya pendekatan ini dalam membina kredibiliti dan keterlibatan. Antara kolaborasi terbaharu Pinn Yang bersama Dr. Cardin di TikTok baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa oleh rakyat Malaysia dalam jualan beg tangan wanita di siaran langsung mereka baru-baru ini.

@dr.cardin

PINN YANG NAK BELANJA?! 😱 Save the date and time guys! Jangan lupa join live kita 28hb Ogos, 8 malam – 10 malam 😍 @Pinn Yang #Drcardin #Tomorrowshowtime #ButtonHome #drcardin #stylewithdc #drcardinmalaysia #fashion #fyp #supportlocal #localbrand #jiwamerdeka #malaysiamadani #merdeka67

♬ original sound – dr.cardin – dr.cardin
Video Pinn Yang di akaun TikTok Dr.Cardin

Menghadapi Perubahan Algoritma Media Sosial

Pinn Yang menghadapi perubahan algoritma di media sosial dengan cara menggunakan konten video-video pendek dan ringkas untuk memastikan konten tetap menarik dan relevan. Hook di dalam setiap video turut memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pengguna TikTok untuk kekal menonton video sehingga habis.

Dengan algoritma media sosial yang sentiasa berubah, adalah penting untuk memastikan bahawa kempen pemasaran anda sentiasa berada di hati penonton dengan menggunakan teknik yang paling berkesan.

Contoh penggunaan video pendek dalam strategi digital marketing Pinn Yang termasuk penyediaan konten yang ringkas dan padat, seperti tutorial atau promosi yang menarik. Strategi ini sangat popular di platform seperti TikTok dan Instagram Reels, di mana kandungan yang pendek dan menarik mudah untuk mendapat perhatian yang lebih besar.

Strategi Digital Marketing Pinn Yang
Sumber: TikTok Pinn Yang

Sesiapa Sahaja Boleh Menggunakan Strategi Pinn Yang Berjaya!

Jadi, kepada sesiapa yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan, anda boleh menjadikan Pinn Yang sebagai role model anda dalam memanfaatkan teknologi terkini. Cik Min harap perkongsian mengenai strategi digital marketing yang digunakan oleh beliau ini berguna dan bermanfaat supaya dapat membantu anda yang diluar sana untuk mengecapi impian anda. Semoga berjaya!

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang keusahawanan, boleh layari laman Lunaworks.co.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

%d bloggers like this: