7 Perkara Penting Dalam Penulisan Blog
Pertama ialah Tajuk
Blog yang tersusun dan mudah dibaca akan oleh pembaca.
70% orang akan meneruskan bacaan sekiranya ia mempunyai TAJUK ataupun HEADLINE yang menarik.
Bagaimana untuk mempunyai tajuk yang menarik?
Pertama ialah buat tajuk berbentuk TRENDING
Perhatikan sekeliling kita tentang isu yang trending dan boleh dikaitkan dengan artikel kita.
Contohnya –> 7 Perkara yang Boleh IbuBapa Lakukan dengan Anak-anak ketika Musim Jerebu.
Kedua, letakkan BILANGAN dalam artikel contohnya 7 Buku Usahawan Kena Baca Sepanjang Tahun 2019.
Biasanya kita pilih angka ganjil seperti 3, 5 , 7, 9 dan 11.
Ketiga, masukkan PERBANDINGAN dalam tajuk kita contohnya 5 Sebab Usahawan Perlu Gunakan Pemasaran Digital berbanding Cara Konvensional.
Keempat, kongsikan CARA BAGAIMANA* atau HOW TO 11 Langkah Mudah Update Sosial Media untuk Perniagaan Kita.
Kalau boleh berkaitan dengan bisnes kita dan menyelesaikan masalah pelanggan maka ianya adalah lebih baik.
Kelima, masukkan KATA KUNCI atau KEYWORD yang sering pelanggan kita cari di Internet atau Google.
Taip sebiji sama seperti ayat yang mereka cari.
Ianya untuk tujuan ranking muka surat pertama Google.
Jom kita mulakan artikel blog dengan memilih tajuk yang menarik.
Tawan hati pembaca melalui tulisan terutama dalam bentuk pendidikan.
Biar jenama perniagaan kita mempunyai nilai yang sentiasa menyebarkan ilmu.
Kedua ialah Pembukaan (Introduction)
Pembukaan sangat penting dan perlu mempunyai ciri-ciri ini.
Pertama ialah EMOSI.
Contoh emosi ialah dimulakan dengan ayat yang ekspresif seperti “Ahh bestnya bila…”
“Mesti sedihkan bila buat karipap je tak jadi”
Ini adalah contoh. Bayangkan emosi pembaca yang berkaitan dengan topik kita.
Dan nyatakan dalam bentuk ayat pernyataan.
Ciri kedua yang penting dalam pembukaan ialah SEBUT KEDUDUKAN (position) iaitu prospek. Antara kesalahan dalam penulisan ialah kita hidangkan tulisan kita kepada semua orang dari Kutub Utara sampai Kutub Selatan. Lelaki perempuan dari lahir sampai warga emas. Ianya kurang tepat.
Kita pasti ada niche atau golongan yang kita mahu sampaikan informasi itu kan.
Terus tulis “Sebagai seorang yang menjaga kebajikan rumahtangga pastinya kita perlukan peralatan yang dapat membantu kita seperti mesin basuh boleh basuh sendiri ini”.
Sekali lagi, ini contoh.
Sebut apa nama jawatan yang berkait dengan kumpulan tersebut.
Contohnya kita nak tulis tentang tips untuk ibubapa, jadi nyatakan “Sebagai ibubapa pastinya kita kisah tentang pendidikan anak-anak seawal usia dua tahun”
Ciri pembukaan yang ketiga ialah 4 ke 5 baris sahaja. 8 ke 15 patah perkataan setiap ayat. dengan jumlah ayat 50 ke bawah.
Bila kita dah tulis, baca semula ayat kita. Bolehkah kita habis dalam satu nafas yang ringkas dan tak kelihatan semput.
Tulis macam kita bercerita bukan semuanya bubuh koma.
Perkara Penting Dalam Penulisan Blog Ketiga ialah Beritahu Mengapa (Why)
Ramai individu yang tak tahu nak tulis apa dalam blog kerana penulisan blog ada struktur tersendiri.
Cabaran penulis blog ialah menghasilkan tulisan yang bounce rate nya rendah. Bounce rate bermaksud jumlah orang keluar SELEPAS BACA SATU ARTIKEL sahaja atau mungkin dia tak habis pun baca! Bounce rate tinggi membawa maksud blog kita bosan, tulisan tak menarik dan tiada rujukan untuk ke artikel seterusnya.
Lain kali kita ulas tentang bounce rate nya. Teruskan mengikuti Telegram Group t.me/LunaworksGroup atau datang ke kelas laaagi seronok belajar.
Bagi bahagian ‘Mengapa’, biasanya ia berada di perenggan kedua selepas pembukaan (Introduction)
Yang pertama tentang Mengapa ialah mengapa kita menulis artikel ini.
Contohnya “Penulis menulis artikel ini kerana semasa mencari info tentang bagaimana membuat azam baru, saya tidak menjumpainya”
Atau “Artikel ini sangat penting untuk individu yang mahu melangsungkan majlis indah perkahwinan namun tiada sumber rujukan” (bagi perniagaan kad kahwin).
Atau “Artikel ini untuk memudahkan Puan-Puan yang minat memasak supaya ada satu sahaja sumber rujukan iaitu blog saya ini (letakkan nama blog)”
Betullah, pembaca tahu kenapa dia masuk dalam blog kita kerana kita semua sudah dewasa. Namun bila kita tulis Mengapa kita, ianya akan lebih terarah dan dapat membuatkan pembaca bersetuju dengan kita dan tempoh bacaan menjadi lebih panjang.
Mengapa yang kedua.
Beritahu mengapa kita komited dengan bidang ini.
Semua orang suka berhubungan dengan orang yang pakar dan paling tidak memberikan komitmen yang tinggi.
Beritahu (atau sebenarnya tulis) tentang sejak bila kita mengusahakan perniagaan ini dan mengapa kita bersungguh-sungguh dengannya.
Contohnya “Tadika Intan sejak 2001 melihat perkembangan anak-anak semasa kecil adalah nadi kepada perkembangan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia”
Dan mengapa yang ketiga ialah mengapa pembaca perlu meneruskan pembacaan di blog kita.
Hey, kita sedang ambil masa dia dan dalam masa yang sama ia dapat ditukarkan untuk blog kita berada di ranking Google mukasurat pertama!
Jadi beritahu seikhlasnya dan masukkan harapan kita.
“Blog (nama blog kita) akan terus berkongsi informasi tentang peralatan memancing supaya geng-geng memancing akan terus menjadi sebuah kumpulan hebat yang penyabar dan berinformasi”
Haha saya tak tahu tentang pemancing tapi saya tahu pemancing ialah orang yang penyabar.
Tapi Tuan/Puan dapat point yang ketiga ini?
Tulis “Teruskan bersama kami untuk lebih info tentang travel supaya setiap perjalanan anda menjadi kenangan indah sepanjang hayat dan bukan mimpi ngeri lagiiii” (sekadar contoh).
Untuk 3 mengapa ini sekiranya diatur dengan baik akan dapat menghasilkan satu ke dua perenggan. Tuan/Puan juga boleh selang-selangkan dengan perenggan lain yang akan kami kongsikan selepas ini.
Kongsikan link t.me/LunaworksGroup kepada kawan kawan sekerja, staff, boss mahupun adik beradik yang dapat memanfaatkan ilmu penulisan samada di blog mahupun media sosial.
Perkara Penting Dalam Penulisan Blog yang Keempat iaitu Apa (What)
Dalam kebanyakan masa, penulis telah mahir tentang topiknya membuatkan beliau tak suka sebut perkara yang sama berulang-ulang.
Namun kita kena letakkan diri kita pada pembaca yang baru mula mengikuti blog kita.
Yang pertama, terangkan APA SERVIS KITA.
Kalau taknak taip banyak kali, copy paste dari artikel sebelum. Beritahu “Tania Beauty beroperasi sejak 2008 dan memfokuskan kepada penjagaan kulit berjerawat daripada sekecil jerawat sehinggalah kepada pemulihan parut.”
Atau “Farah Cheesa menyediakan pilihan pastri dan kek yang berasaskan keju untuk pelanggan di kawasan Pontian dan sekitar.”
Bayangkan kita masuk surat khabar dan wartawan tanya “Beritahu sedikit latar belakang bisnes Tuan/Puan?”
Takkan kita nak jawab “Saya dah banyak kali tulis di blog, ini linknya 🤣”
Haha maksud saya, kita kena ada satu skrip yang menceritakan tentang kita dan apa yang kita buat secara ringkas dan ia juga ditulis di blog kita dalam perenggan ketiga atau seterusnya selepas MENGAPA (WHY) atau mengikut kesesuaian.
Kedua, berikan APA DEFINISI bisnes jika (sekiranya ada).
Contohnya “Tudung ni ada dua jenis iaitu A. Square
B. Shawl”
Dan terangkan dengan lebih lanjut dengan ikhlasnya.
“Tudung bawal ini merujuk kepada….sekian sekian definisi”
Jika ada sumber rujukan, letakkan.
Ketiga, tulis APA YANG MENGUJAKAN KITA.
Contohnya “Di Fatihah Frozen, kami sangat teruja setiap kali pelanggan mesej dan beritahu yang makanan yang dibeli dapat membantu menyenangkan kehidupan mereka seharian.”
Dalam banyak-banyak perkara berlaku dalam kehidupan operasi bisnes kita, mesti ada perkara yang membuat kita teruja kan.
Takkan tak ada langsung.
Kalau dalam kelas ataupun coaching bersama Lunaworks.co, kita korek dari dakam jiwa usahawan untuk mengeluarkan perkara tersebut.
Keempat, ialah APA PALING TOP.
Beritahu dalam bentuk tulisan, apakah produk atau servis yang paling ramai pelanggan suka.
Contohnya “Di The Milk Story pelanggan amat sukakan Choc Drink with Fenugreek. Kalau beli sekali, mesti repeat lagi sebab sedapppp sangat dan dapat bantu ibu tingkatkan susu dalam masa yang sama.”
Boleh faham?
Dalam banyak-banyak produk kita, beritahu apa paling pelanggan suka. Atau boleh juga beritahu, apa yang kita paling suka.
Atau staff kita paling suka.
Janji paling suka. Yang paling tak suka tak payah cerita lah dalam blog 🤣
Yang kelima dan terakhir.
Sebelum tu jika Tuan/Puan sudah masuk grup Telegram t.me/LunaworksGroup boleh kongsikan (share) artikel ini di FB supaya ramai-ramai usahawan dan individu dapat manfaat dan terus menulissss.
Sambung balik.
Yang kelima, kongsikan APA KATA PELANGGAN.
Jika ada screenshot, masukkan gambar dan tulis semula apa kata mereka.
Jika ianya dalam bentuk video, tulis sedikit apa kata mereka.
SEO membaca tulisan jadi kena tulis banyak-banyak ya.
Ok, dah habis untuk kali ini. Kongsikan untuk individu yang nak mula berniaga, dah berniaga ,nak menulis dan jana pendapatan sebagai penulis atau individu yang nak menulis sebagai ladang pahala.