Dalam dunia perniagaan digital yang sangat kompetitif hari ini, strategi pemasaran yang tepat memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan sesebuah jenama. Namun begitu, masih ramai usahawan, terutamanya yang baru bermula, melakukan pelbagai kesilapan marketing yang boleh menjejaskan kredibiliti dan prestasi perniagaan mereka.

Artikel ini akan kupas beberapa kesilapan marketing yang biasa dilakukan serta cadangan penyelesaiannya supaya anda tidak terjebak dalam perangkap yang sama.
1. Tidak Mementingkan Kualiti Visual
Salah satu kesilapan marketing utama ialah tidak memberi perhatian kepada visual produk. Dalam dunia digital, pelanggan tidak boleh menyentuh atau merasai produk anda secara fizikal. Jadi, mereka bergantung sepenuhnya pada visual.
Ramai usahawan masih mengambil gambar produk dalam pencahayaan yang malap, sudut tidak sesuai, dan kualiti imej yang kabur. Ini membuatkan produk kelihatan tidak meyakinkan dan tidak profesional.

Penyelesaian:
Gunakan lighting yang sesuai seperti Ring Light LED untuk menonjolkan kejelasan dan warna produk. Lampu yang betul boleh memberi kesan besar terhadap persepsi pelanggan terhadap jenama anda.
2. Rakaman Video Bergoyang dan Tidak Stabil
Video ialah medium pemasaran yang sangat berkesan, terutamanya di platform seperti TikTok, Instagram Reels dan YouTube Shorts. Namun, antara kesilapan marketing paling kerap berlaku adalah menghasilkan video yang bergoyang, kabur dan tidak stabil. Ini akan menjejaskan pengalaman penonton dan menyebabkan mereka cepat skip video anda.

Penyelesaian:
Gunakan phone stabilizer atau gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan profesional. Peralatan ini membantu anda menghasilkan video yang lancar walaupun anda sedang bergerak.
3. Audio Kurang Jelas atau Berdesing
Apa guna video cantik kalau suara dalam video tidak jelas? Ini juga termasuk dalam kesilapan pemasaran yang ramai tidak sedar. Suara bergaung, bunyi latar belakang yang kuat atau suara yang terlalu perlahan membuatkan mesej anda tidak sampai kepada audiens.

Penyelesaian:
Gunakan mic wireless berkualiti untuk rakaman suara yang jelas, bersih dan profesional. Audio yang baik sangat penting untuk menarik perhatian penonton dalam 3 saat pertama.
4. Tidak Mengenal Sasaran Audiens | Kesilapan Marketing yang Ramai Usahawan Buat
Ramai usahawan terburu-buru buat iklan tanpa tahu siapa sebenarnya sasaran pelanggan mereka. Mereka hasilkan konten secara umum dan berharap sesiapa pun akan beli. Ini antara kesilapan pemasaran yang besar dan mahal. Bila mesej tak sampai pada audiens yang betul, kos iklan akan meningkat tetapi hasilnya tidak seberapa.
Penyelesaian:
Kenal pasti persona pelanggan anda. Siapa mereka? Apa masalah yang mereka hadapi? Apa yang mereka cari? Bila anda kenal audiens, barulah mesej yang disampaikan lebih tepat dan berkesan.
5. Terlalu Fokus Menjual, Kurang Beri Nilai
Kesilapan ramai usahawan adalah hanya fokus pada menjual dan tidak membina hubungan. Setiap posting atau video penuh dengan ayat “beli sekarang”, “stok terhad”, “promosi gila-gila”. Ini akan buat audiens rasa bosan dan tidak terhubung secara emosi.
Kesilapan ini boleh dielakkan dengan memberi nilai terlebih dahulu, seperti tips, tutorial, demo produk atau perkongsian pengalaman.
Penyelesaian:
Gunakan formula 80/20: 80% konten yang memberi manfaat, 20% untuk promosi. Bila pelanggan rasa mereka belajar sesuatu dari anda, barulah mereka sedia membeli.
6. Tidak Konsisten di Media Sosial | Kesilapan Marketing yang Ramai Usahawan Buat
Konsistensi adalah kunci dalam membina jenama di media sosial. Tapi antara kesilapan paling ketara adalah posting seminggu sekali, lepas tu hilang dua minggu. Ini menyebabkan algoritma platform tidak ‘favor’ akaun anda dan audiens pun lupa kewujudan anda.

Penyelesaian:
Gunakan jadual konten mingguan dan automasi post dengan tools seperti Meta Business Suite atau Later. Pastikan anda muncul secara konsisten di timeline audiens untuk bina kepercayaan dan ingatan jenama.
7. Tidak Pantau Prestasi Kempen | Kesilapan Marketing yang Ramai Usahawan Buat
Ada juga usahawan yang dah buat konten, dah buat iklan tapi tidak semak data atau prestasi. Tanpa analisis, anda tidak tahu konten mana yang berkesan dan konten mana yang perlu diperbaiki. Ini juga termasuk dalam kesilapan pemasara kerana anda terus ‘menembak dalam gelap’ tanpa panduan.
Penyelesaian:
Pantau metrik penting seperti reach, engagement, click-through rate dan conversion. Gunakan data ini untuk perbaiki strategi dan hasilkan konten yang lebih berimpak.
8. Tak Guna Tools Marketing yang Betul
Akhir sekali, ramai usahawan cuba buat semuanya secara manual dan tidak melabur dalam peralatan asas yang boleh bantu naikkan kualiti pemasaran mereka. Ini adalah satu kesilapan yang boleh dielakkan dengan mudah.
Penyelesaian:
Laburkan sedikit untuk kelengkapan asas seperti:
Peralatan ini bukan kehendak, tapi keperluan jika anda serius mahu berjaya dalam pemasaran digital.
Elakkan Kesilapan, Gandakan Hasil
Setiap usahawan pasti pernah buat kesilapan. Tapi yang membezakan usahawan berjaya adalah mereka cepat belajar dan baiki kesilapan tersebut. Anda tidak perlu jadi sempurna, tapi anda perlu sentiasa berkembang dan belajar dari kesilapan sendiri.
Dengan mengelakkan 8 kesilapan marketing di atas, anda akan lihat perubahan ketara dalam strategi pemasaran dan hasil jualan anda. Ingat, pemasaran bukan sekadar menjual, ia tentang membina kepercayaan, menyampaikan nilai, dan meyakinkan pelanggan untuk memilih anda berbanding pesaing.
Jika anda perlukan bimbingan lanjut tentang pemasaran digital, Lunaworks sedia membantu. 💼✨
Untuk lebih banyak artikel menarik tentang keusahawanan, boleh layari laman Lunaworks.co.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.