Bagi usahawan yang nak perniagaannya maju dengan lebih jauh kehadapan lagi selain daripada menguruskan pernagaan di premis kedai fizikal, jom luangkan sedikit masa untuk hadam kelebihan berniaga secara online ini.

Kelebihan Berniaga Secara Atas Talian (Online)

  • Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat serta menjimatkan kos

Bila kita mula menjual secara online, lebih mudah untuk kita mengawal pembelian stok. Kos overhead kedai pun mungkin akan lebih berkurangan. Logiknya, sebab tak perlu ramai orang atau ruang untuk digunakan jadi, anda mungkin lebih jimat dari segi penggunaan elektrik, air, bilangan pekerja dan sebagainya jika diuruskan dengan betul.

Ada orang yang tak ada kedai premis pun. Antara sebabnya adalah, dia hanyalah ejen atau dropshipper dan berniaga barangan orang lain. Hanya perlu bangunkan kedai online sahaja dan buat pemasaran digital, jika baru nak bermula.

  • Berniaga online dapat mempromosikan barangan dan produk yang dijual dengan lebih efektif

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat peningkatan mendadak dari segi jumlah pembeli online serta transaksi menggunakan e-wallets oleh rakyat Malaysia. Pada tahun 2020, pembeli online mencatatkan sebanyak 64.2%, berbanding dengan tahun 2018 iaitu sebanyak 53.3%. Transaksi online juga mencatatkan peningkatan sebanyak 63.8% pada tahun 2020, berbanding dengan tahun 2018 iaitu sebanyak 54.2%.

Apa yang dapat dilihat disini, zaman sebelum COVID 19 lagi memang ada peningkatan dari segi jualan online kerana lebih daripada 50% pengguna internet aktif membeli secara online.

Ada banyak platform e-commerce dan e-hailing yang membantu penjual online masa kini. Shopee, Lazada, Grab, FoodPanda dan sebagainya. Malah, platform media sosial juga dah ada tempat nak berniaga, contohnya Facebook Marketplace.

Jika mampu untuk melabur untuk membangunkan kedai online sendiri, bolehlah melabur untuk mendirikan website atau landing page sendiri dengan plug-in untuk jualan yang sesuai. Cara begini juga sesuai untuk menaikkan jenama produk atau servis perniagaan kita. Dah banyak kedai yang ada website jualan sendiri. Malah, ada yang dah bergerak lebih jauh ke hadapan dengan membangunkan aplikasi sedia untuk dimuat turun di telefon pintar pembeli juga.

Kelebihan Berniaga Secara Online 1

Senang pembeli nak tengok harga, deskripsi produk dan bermacam-macam lagi. Dan lebih mudah juga untuk penjual membuat promosi harga dan sebagainya.

  • Maklumat yang disebarkan lebih pantas, efisien dan tepat melalui e-mel, sms dan pelbagai medium lain

3 aplikasi komunikasi yang popular di Malaysia adalah WhatsApp, Facebook Messenger dan Telegram. Dan ianya adalah aktiviti online tertinggi yang dicatatkan (98.1%) berbanding dengan aktiviti lain seperti bermedia sosial (93.3%), video streaming (87.3%), komunikasi video (81.1%) serta carian maklumat di internet (74.3%).

Memang trend sekarang orang lebih cenderung berkomunikasi melalui teks (98.1% pada tahun 2020, 96.5% pada tahun 2018). Aplikasi seperti WhatsApp juga mempunyai kemudahan untuk berniaga di platform profesional seperti WhatsApp Business. Peniaga online juga boleh menggunakannya seperti marketplace dengan membuat listing dengan cara tertentu supaya bakal pembeli dapat melihat produk kita, berhubung untuk maklumat lebih lanjut dan seterusnya membuat pembayaran.

Kelebihan Berniaga Secara Online 2

Rugi kalau usahawan tidak menggunakan dengan cara yang lebih optimum dan mesra untuk berniaga atas talian. Dengan saling berhubung di alam maya, rangkaian usahawan dengan pihak berkepentingan yang bukan sahaja dengan pembeli, malah, pembekal, pengilang dan sebagainya berkaitan bisnes tidak akan terputus walaupun tak dapat berjumpa berhadapan, secara tidak langsung mewujudkan satu ekosistem digital.

  • Membantu membuat kajian pengguna untuk produk atau kempen pemasaran baru akan datang

Aplikasi media sosial seperti akaun profesional Facebook dan Instagram ada menyediakan Audience Insight (Wawasan) untuk membantu pengendali akaun tersebut membuat kajian bagi pelbagai tujuan berkaitan dengan bisnes dan pemasaran. Dengan melihat berapa ramai Leads, Likes, Reach dan Engagement pada post-post yang lepas, usahawan akan dapat gambaran idea apa yang orang cari pada servis atau produk kita.

  • Kawasan liputan perniagaan yang lebih meluas

Dengan membuat pengiklanan dan pemasaran melalui online, usahawan lebih berpeluang untuk memasarkan produk dan servis ke seluruh Malaysia. Malah, tidak mustahil juga jika mahu pergi lebih jauh ke luar negara juga.

  • Namun, perlu ada minat, semangat dan latihan tertentu untuk meluangkan masa, tenaga dan wang untuk platform digital

Latar belakang pendidikan bukan lagi penghalang untuk menjadi lebih maju dengan teknologi informasi dan komunikasi (ICT). Banyak badan dan agensi kerajaan menawarkan pelbagai program dan bengkel digital untuk membantu golongan usahawan bergerak lebih aktif di platform ini.

Salah satu maklumbalas kajian temubual yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terhadap sekumpulan peniaga perusahaan kecil dan sederhana mendapati, rata-rata peniaga bersetuju yang minat untuk berdaya saing dengan memanfaatkan platform digital itu perlu ada. Pelbagai latihan dan insentif yang tersedia untuk golongan ini namun, sikaplah yang menentukan kejayaan hasil latihan tersebut. Dengan erti kata lain, kenalah rajin praktikkan ilmu yang diterima, lebih-lebih lagi jika berpeluang untuk menerima latihan secara PERCUMA ya.

Kelebihan Berniaga Secara Online 3

E-Usahawan adalah salah satu program keusahawanan digital terbuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Ianya dilancarkan pada tahun 2015. Sejak Januari 2016 sehingga Disember 2020, seramai 408,016 usahawan muda dan desa telah dilatih dan daripada jumlah ini, seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta (Portal Malaysia.gov.my)

Baca dengan lebih lanjut tentang program e-Usahawan disini.

*PROGRAM INI PERCUMA TAU! NAMUN, TEMPAT ADALAH TERHAD MENGIKUT JUMLAH GERAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN PADA TAHUN SEMASA.

Usahawan zaman norma baharu sekarang yang belum beralih kepada sistem online, mulakan langkah anda dengan mendaftar sebagai peserta e-Usahawan! Manfaatkan kelebihan berniaga secara online dengan bermula disini.

Daftar sebagai calon peserta e-Usahawan hari ini disini.

https://ezy.la/eusahawan2021

https://ezy.la/eusahawan2021

https://ezy.la/eusahawan2021

Sumber rujukan:

[1] Laman Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) – Kajian Penggunaan Internet 2020

[2] ejournal[dot]ukm[dot]my – Meneroka Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Platform Digital oleh Perusahaan Mikro dan Kecil, Jurnal Pengurusan (UKM Journal of Management) 59(2020).

%d bloggers like this: