Siapa sangka, seorang makcik yang hanya merakam video memasak di dapur rumahnya kini menjadi fenomena di TikTok! Itulah kisah inspirasi Kak Cik Yah viral baru-baru ini gara-gara video juadah berbuka puasanya yang simple, lucu dan penuh kecomelan tersendiri.

Bermula dengan rakaman biasa menggunakan telefon dan aplikasi TikTok, Kak Cik Yah tidak menyangka videonya akan mendapat perhatian ramai. Netizen terhibur dengan gaya bersahaja beliau di dapur, lengkap dengan loghat utara dan ekspresi spontan yang mencuit hati. Memang comel habis!

Lebih menarik, usaha gigih Kak Cik Yah viral dalam menghasilkan konten sendiri akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya berkolaborasi dengan Pak Mat Western sepanjang bulan Ramadan. Kolaborasi ini memperkenalkan produk “Kambing Masak Utara” – menu istimewa yang mendapat sambutan hangat di kalangan pengikut TikTok beliau.

Kak Cik Yah Viral

Gabungan gaya masakan kampung Kak Cik Yah viral dengan kehebatan resepi dari Pak Mat Western menjadikan video mereka antara yang paling ditunggu-tunggu setiap hari.

Apa yang membuatkan kisah Kak Cik Yah lebih bermakna adalah semangat beliau untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun usia bukan lagi muda. Dengan hanya berbekalkan peralatan asas seperti telefon pintar dan aplikasi TikTok, beliau membuktikan bahawa teknologi hari ini boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja – tak kira umur.

Inspirasi Buat Semua

Kejayaan Kak Cik Yah membuktikan satu perkara penting: umur bukan penghalang untuk menjadi content creator. Apa yang penting adalah keikhlasan dalam berkongsi, keberanian untuk bermula dan kesungguhan dalam belajar.

Ramai antara kita rasa segan nak mula buat video, kononnya tak pandai cakap depan kamera, tak cukup kelengkapan, atau takut kena kecam. Tapi tengoklah Kak Cik Yah – beliau mula dari dapur rumah sendiri, guna alat asas, dan yang paling penting, beliau jadi diri sendiri.

Tips dari Kak Cik Yah untuk Anda yang Baru Nak Mula:

  1. Jangan tunggu sempurna – rakam je dengan apa yang ada.
  2. Jadi diri sendiri – penonton suka keaslian, bukan kepura-puraan.
  3. Gunakan alatan mudahTripod Ring Light untuk elak video gelap dan Mikrofon Clip-On untuk suara lebih jelas.
  4. Konsisten dan jangan malu – makin banyak buat, makin biasa depan kamera.

Jadi, kepada semua makcik, pakcik, adik, kakak, atau siapa sahaja yang pernah terfikir nak jadi content creator, kisah Kak Cik Yah viral ini adalah motivasi besar untuk anda. Dunia digital ini luas, dan ada tempat untuk semua orang – termasuk anda!

Nak mulakan langkah pertama anda jadi content creator? Ingat, semua orang bermula dari kosong – yang penting, anda berani cuba!

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang keusahawanan, boleh layari laman Lunaworks.co.


PenafianPengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

%d bloggers like this: