Ulasan isu harimau menangis oleh Puan Nur Nazuha, pakar dalam bidang jenama dan harta intelek.

 

Ok, baru selesai semua kerja hujahan bertulis (written submission) untuk kes client cap dagangan (trademark) di peringkat bangkangan (opposition). Dan baru selesa nak menulis sedikit tentang isu HARIMAU MENANGIS yang sedang viral.

 

Sebenarnya saya tak tahu pun isu ni. Sehingga whatsapp masuk bertalu- talu bermula jam lebih kurang 9.50 pagi. Ada dari kawan2, ada juga dari client yang mahukan penjelasan.

Saya ringkaskan – isunya bermula apabila Pemohon Cap Dagangan HARIMAU MENANGIS iaitu ibu kepada selebriti terkenal tanahair membuat igstory menyatakan beliau telah trademark nama HARIMAU MENANGIS ni. Dan beliau kemudian berkata ‘lepas ni kalau orang lain nak guna, maka pandai- pandailah tukar guna harimau lain, tapi bukan HARIMAU MENANGIS – sebab beliau dah trademark .

OK – Point yg pertama yang penting di sini ialah –
• PERMOHONAN BUKAN PENDAFTARAN. Maksudnya dengan hanya memohon perlindungan cap dagangan tidak bermaksud bahawa cap dagangan itu secara mutlak menjadi milik pemohon. Permohonan cap dagangan akan melalui beberapa proses iaitu Formality Validation – Substantive Validation – Refused (kalau dibantah) – Gazetted (kalau diterima)- Opposed (kalau dibangkang sewaktu dalam Gazette). Pokoknya permohonan cap dagangan yang nampak mudah, ianya boleh menjadi sangat susah sekiranya tidak mendapat nasihat yang betul.

Kedua –
• perkataan HARIMAU MENANGIS itu sendiri – boleh didaftarkan atau tak sebagai Cap Dagangan? Pendaftar bila dia nak beri pendaftaran cap dagangan, of course beliau akan google perkataan yang nak didaftarkan tu. Setakat jam 3 petang tadi, bila saya google perkataan isu HARIMAU MENANGIS, first page semua bercerita tentang isu ‘Mak Neelofa trademark nama Harimau Menangis’, ‘Mak Neelofa paten nama Harimau Menangis’ dan ‘Mak Neelofa tak bagi guna nama Harimau Menangis’ . (Menangis ku baca hasil gugel ku 😭😭😭) .

On serious note, Harimau Menangis ni katanya merupakan satu bahagian daging lembu berdekatan daging batang pinang, yang digelar “rimau nangis/harimau menangis”. Dikatakan bahawa daging di bahagian itu adalah PALING LEMBUT dan mungkin sangat mudah empuk bila dimasak . Ia mendapat nama unik ‘Harimau Menangis’ kerana bahagian paling sedap itu tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu . Jadi, harimau yang tidak dapat memakannya akan ‘menangis’. Haaa begitulah alkisah nama Harimau Menangis.

Persoalan samada perkataan Harimau Menangis boleh didaftarkan sebagai trademark atau tidak – sebenarnya ianya sangat subjektif. Boleh saya katakan ianya bergantung kepada kebijaksanaan agen/ peguam yang beliau gunakan untuk membahaskan/ mempertahankan bahawa ianya layak mendapat pendaftaran jika Pendaftar mengeluarkan surat refusal. Bijak agen/ peguam nak pusing- pusing submission, insyaAllah boleh lepas untuk masuk ke Gazette dan seterusnya kalau tak ada apa- apa bangkangan, boleh laa dapat sijil pendaftaran cap dagangan untuk nama HARIMAU MENANGIS. Tapi masuk Gazette pun belum tentu boleh terus dapat sijil. Kalau ada pihak yang terkilan (aggrieved party) yang nak bangkang kepada pendaftaran, maka boleh masukkan bangkangan (opposition).

Dan, perlu juga diingat, kalau berjaya didaftarkan pun, PENDAFTARAN BUKAN BERMAKSUD IANYA KONKLUSIF.

Pihak yang berkepentingan masih boleh membatalkan (invalidate) pendaftaran cap dagangan tersebut melalui prosiding mahkamah. Tapi of course, idok lerr murah fee nya. Ready kan lah dalam 50k – 100k nak lawan pun.

Jadi konklusinya –

• permohonan Mak Neelofa kepada cap dagangan HARIMAU MENANGIS ni baru di peringkat formality validation. Baru sangat2. Maka panjang lagi prosesnya. Ada kemungkinan berliku- liku jalannya;

• dengan isu viral sebegini, ada kemungkinan mengganggu sedikit perjalanan permohonan cap dagangan tersebut & pihak Pendaftar pastinya akan berhati- hati dalam membuat keputusan samada boleh memberi pendaftaran atau tidak – since ianya boleh menjadi ‘sumber kecaman netizen warganet’. Silap- silap sekali dengan Myipo pun boleh kena kecam kalau terkhilaf.

So sabar- sabar semua. Apa yang dibuat di igstory tu mungkin memang telah dirancang sebagai strategi marketing. Pengalaman saya menguruskan ratusan cap dagangan artis/ selebriti, lagi kecam lagi sales melonjak berjuta- juta. And trust me, they are well- train in handling kecaman. Masuk kanan keluar kiri ajer. (skil kebal kecaman ni sedikit sebanyak saya pun belajar dari klien- klien artisku). 😆

So, harapnya penjelasan ini sedikit sebanyak membantu para netizen diluar sana untuk memahami isu trademark seperti isu harimau menangis & isu marketing strategi. Fikir- fikirkan lah untuk viralkan. Diorang masyukkk oiii.

~ Sekian ~

Nazuha 🌸
Ejen Trademark tak tau bila boleh pencen.

(Kredit untuk coretan asal dari Puan Nur Nazuha. Link untuk tulisan asal disini)

Jika tuan puan ingin mendapatkan nasihat berkaitan dengan isu dan permasalahan tentang harta intelek atau berkenalan dengan lebih rapat dengan Puan Nazuha, boleh ikuti beliau di laman FB link disini ya.

%d bloggers like this: