Idea dan Strategi Pemasaran Digital: Para usahawan perlu tahu atau tidak? Jawapannya, semestinya ya. Dalam era serba digital dan teknologi ini, memiliki idea dan strategi pemasaran yang tepat mampu membantu para usahawan untuk lebih maju ke hadapan dalam dunia bisnes.

Idea dan Strategi Pemasaran Digital: Apa itu Pemasaran Digital?

Pemasaran digital merupakan strategi dalam mempromosikan sesebuah servis mahupun produk melalui platform-platform ‘online‘. Terdapat pelbagai platform yang kita sedia tahu seperti media sosial, sistem aplikasi, website, e-commerce, e-mail marketing, serta video marketing. Sebagai para usahawan era digital, amat penting untuk kita ketahui fungsi platform-platform ini agar ianya dapat dimanfaatkan sebagai salah satu idea dan strategi yang boleh digunakan bagi tujuan pemasaran.

Idea dan Strategi Pemasaran Digital: Pelbagai Jenis Platform

Jika kita ke laman Google dan mencari kata kunci ‘idea dan strategi pemasaran digital’, sudah pasti banyak jawapan yang dapat para usahawan notakan. Namun, idea dan strategi tersebut mungkin tidak cukup kukuh asasnya bagi membantu para usahawan di dalam dunia sebenar pemasaran. Dengan itu, kami sediakan beberapa idea dan strategi pemasaran digital yang dikongsikan melalui sebuah temu ramah radio secara langsung di MyFriend.FM baru-baru ini. Lebih menarik adalah, idea dan strategi pemasaran digital ini dikongsikan khas oleh Puan Suraya Ali, seorang Coach Content Marketing yang menulis kisah harian, untuk para wanita dan juga usahawan.

1. Media Sosial

Media sosial dan dunia bisnes tersangatlah sinonim pada era kini. Antara platform yang sering digunakan bagi tujuan berbisnes adalah seperti Instagram dan juga Facebook. Tips pertama ialah, para usahawan disarankan agar tidak menggunakan akaun peribadi bagi tujuan pemasaran. Pastikan anda memiliki page sendiri bagi kedua-dua platform tersebut! Antara perkara yang perlu para usahawan ingat adalah, untuk sentiasa menjadi diri sendiri. Selain daripada mempromosikan servis atau produk, para usahawan juga boleh selitkan sedikit posting gurauan, ayat-ayat inspirasi, serta perkongsian-perkongsian yang menarik. Walaupun posting tersebut tidak mendatangkan sebarang proses menjual beli, namun ianya pasti akan menarik perhatian pembacanya untuk lebih mengingati jenama, produk ataupun servis yang anda tawarkan. Dan yang paling penting, kenal pasti terlebih dahulu target audience anda sebelum memulakan pemasaran.

2. Aplikasi

Aplikasi merupakan salah satu platform terbaik bagi zaman digital ini. Mengapa? Kerana pengguna kini lebih memilih sesuatu yang segera dan mudah. Sebagai contoh, aplikasi Shopee, di mana pengguna dapat mencari dan membandingkan produk yang sama dengan harga dan servis yang berbeza. Terdapat juga review yang boleh pengguna baca sebelum membuat pembelian, di mana hal sebegini mungkin tidak dapat dilakukan apabila pengguna ingin melakukan pembelian atas talian di platform media sosial contohnya. Namun, untuk memiliki sistem aplikasi sendiri memakan kos yang agak besar. Oleh itu, jika para usahawan kecil berminat untuk memasarkan melalui platform ini, para usahawan boleh mulakan dengan berkolaborasi dengan mana-mana aplikasi yang sedia ada terlebih dahulu.

3. Website

Website, adakah ianya perlu? Sudah tentu! Platform ini sangat membantu terutamanya apabila pengguna mula mencari sesuatu produk ataupun servis. Jika mereka membuat carian berkaitan produk atau servis yang kita tawarkan, maka website kita berpotensi untuk muncul dalam carian mereka. Bukan cuma itu, pengguna juga pasti akan melawat laman web tersebut bagi mendapatkan informasi yang lebih mendalam. Website juga mampu meningkatkan kredibiliti bisnes para usahawan dan menarik pengguna ke arah proses pembelian. Inilah yang dikatakan sebagai ‘pull marketing‘.

4. E-commerce

Platform ini lebih sesuai bagi mempromosikan produk dan servis yang berharga tetap. Menurut Puan Suraya Ali, antara contohnya adalah seperti Lazada dan Shopee. Melalui platform tersebut, para usahawan hanya perlu meletakkan produk dan servis mengikut harganya, dan pembeli akan membuat pembelian secara terus. Strategi e-commerce ini sangat sesuai bagi para usahawan yang kekurangan idea dalam teknik pemasaran, kerana platform ini tidak melibatkan sebarang konten.

5. E-mail Marketing

Pemasaran secara e-mel merupakan salah satu strategi yang jarang digunakan oleh para usahawan kecil-kecilan. Strategi ini lebih formal dan mendapatkan e-mel pembeli juga bukanlah perkara yang mudah. Namun, jika kita lihat kepada usahawan besar seperti Nestlé, mereka sering mengadakan peraduan-peraduan menarik yang mana dengan cara tersebut, mereka sebenarnya sedang mendapatkan data pengguna. Dan dengan data tersebutlah mereka menghantar e-mel dan promosi kepada pengguna melalui pemasaran e-mel. Para usahawan juga boleh melakukan strategi ini dengan memberi sampel percuma kepada pengguna, dan meminta mereka untuk mengisikan nama, alamat, nombor telefon serta e-mel peribadi. Setelah itu, pemasaran e-mel akan menjadi lebih mudah di antara para usahawan dan juga pengguna.

6. Video Marketing

Akhir sekali ialah pemasaran melalui video. Dapat kita saksikan antara platform-platform yang sedang meningkat naik kini seperti TikTok dan YouTube. Pembikinan video memerlukan komitmen yang tinggi kerana kerja-kerja recording, editing dan juga posting bukanlah suatu proses yang mudah. Bukan sekadar itu, para usahawan juga perlu memiliki idea yang bernas dan sentiasa up-to-date dengan trend terkini dalam pembikinan video. Jika anda adalah seorang yang sangat komited terhadap hal-hal tersebut, platform ini adalah untuk anda!

Idea dan Strategi Pemasaran Digital: Elakkan!

idea dan strategi pemasaran digital

Dalam pemasaran digital, pasti terdapat juga pantang larangnya. Namun jangan khuatir, ianya mudah sahaja untuk diikuti:

  1. Elakkan fokus pada penjualan sahaja. Pelbagaikan konten!
  2. Elakkan penceritaan berunsur agama, politik dan perkauman kerana perbezaan pendapat mampu mengurangkan crowd anda.
  3. Elakkan daripada mengepos barang jualan kepada pembeli selagi mana anda belum membuat pengesahan! Hal ini adalah untuk mengelakkan penipuan resit dan sebagainya.

Jadi, bagaimana dengan idea dan strategi pemasaran digital yang dikongsikan ini? Moga ianya dapat membantu para usahawan untuk membuat keputusan memilih strategi pemasaran digital yang bersesuaian dengan bisnes anda. Untuk lebih banyak artikel dan info tentang keusahawanan, klik sini.

Puan Suraya Ali: Siapakah Beliau?

Puan Suraya Ali merupakan seorang usahawan yang memiliki organisasinya tersendiri. Organisasi tersebut dikenali sebagai Lunaworks Alliance PLT. Beliau merupakan seorang Coach Content Marketing yang menulis kisah harian, untuk para wanita dan juga usahawan. Selain itu, beliau juga adalah seorang Jurulatih Digital Marketing yang bertauliah daripada Digital Marketing Institute, Malaysia. Berbekalkan pengalaman selama 12 tahun dalam industri pemasaran digital, Puan Suraya Ali juga merupakan pakar dalam penulisan konten untuk blog, SEO dan media sosial.

Bagi para usahawan yang berminat untuk mendapatkan khidmat serta servis coaching Puan Suraya Ali, di sini disertakan beberapa platform yang boleh para usahawan lawati bagi mendapatkan maklumat lanjut:

Facebook: Puan Suraya Ali | Lunaworks.co

Instagram: Puan Suraya Ali | Lunaworks.co


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

%d bloggers like this: