Tahun 2025 menyaksikan nama-nama besar terus menguasai TikTok Malaysia dengan gaya konten tersendiri. Daripada hiburan, masakan, fesyen hingga gaya hidup, setiap influencer ada keunikan yang buat mereka terus disukai ramai. Jom kita kenali 5 influencer viral Malaysia tahun ini dan tengok bagaimana gaya mereka memberi inspirasi kepada ramai!


1. Aisar Khaledd – 20.3 Juta Followers

5 Influencer Viral
Sumber: Instagram Aisar Khaledd

Aisar dikenali dengan fenomena konten prank, challenge dan gaya ‘masuk air’ yang sangat dikenali. Energi Aisar dalam setiap video sangat menghiburkan dan menjadikannya salah seorang pencipta konten paling aktif dan kreatif di antara 5 Influencer Viral . Beliau juga turut terkenal di serata Indonesia kerana berjaya membuat konten di sana.

📹 Tip konten: Rakaman spontan dengan hasil visual jelas dan angle menarik boleh dicapai dengan kamera mudah alih yang stabil. Lighting pun penting untuk naikkan vibe video — ada banyak ring light RGB mesra bajet yang sesuai digunakan!


2. Khairul Aming – 6.1 Juta Followers | 5 Influencer Viral

5 Influencer Viral
Sumber: Instagram Khairul Aming

Terkenal dengan konten masakan dan sambal nyet yang viral, Khairul Aming antara influencer yang menonjol dengan video clean, suara naratif yang tenang dan gaya penyampaian yang konsisten. Kontennya bukan sahaja menghiburkan, malah sangat berguna.

📅 Kalau anda jenis suka plan awal, TikTok marketing calendar boleh bantu anda susun konten harian atau bulanan. Ia sangat berguna terutamanya untuk konten berjadual seperti masakan Ramadan atau #30HariChallenge.


3. Boss James – 5.6 Juta Followers | 5 Influencer Viral

5 Influencer Viral
Sumber: Instagram Boss James

Boss James membawakan konten yang penuh motivasi dan realiti dunia bisnes. Dengan gaya penyampaian yang jujur dan berterus-terang, beliau berjaya menarik perhatian ribuan usahawan muda yang mahu bina jenama sendiri di TikTok.

📸 Rakam dari pejabat atau kereta pun boleh nampak ‘clean’ jika pencahayaan betul. Gunakan sahaja kamera mudah alih atau telefon dengan tripod ringkas – cukup untuk hasilkan video berkualiti.


4. Pinn Yang – 5.2 Juta Followers

Sumber: Instagram Pinn Yang

Awak ada 5 sen tak?” — ayat ni terus jadi viral dan sinonim dengan Pinn Yang! Usahawan muda yang bijak mencipta konten penuh spontan dan mudah diingati ini berjaya tarik perhatian jutaan rakyat Malaysia adalah antara 5 influencer yang sangat disanjungi.

Apa yang menarik, Pinn bukan sekadar content creator malah beliau juga seorang usahawan berjaya yang aktif berniaga di platform TikTok. Beliau giat bekerjasama dengan pelbagai jenama besar di Malaysia untuk collaboration yang authentic dan dekat dengan pengguna.

Kontennya yang bersahaja, skrip yang mudah lekat di kepala dan gaya marketing yang kreatif menjadikan Pinn Yang salah seorang influencer yang sangat berpengaruh tahun 2025.


5. Ryan Bakery – 4.4 Juta Followers | 5 Influencer Viral

Sumber: Instagram Ryan Bakery

Dengan lakonan lucu, watak nostalgia zaman sekolah dan vibe ‘budak Malaysia 90-an’, Ryan terus mencuit hati rakyat Malaysia. Kontennya sentiasa relatable dan boleh buat orang senyum walau tengah stres.

🎬 Video Ryan mungkin kelihatan simple, tapi keberkesanan penyampaiannya datang dari idea yang kuat dan gaya yang dekat di hati penonton. Beliau merupakan antara 5 influencer viral yang mampu buktikan, walau dengan peralatan asas, yang penting ialah cerita yang kita nak sampaikan.


✨ Inspirasi Buat Content Creator Baru

Apa yang kita boleh pelajari dari mereka?
✔ Mereka semua kekalkan identiti sendiri.
✔ Konsisten berkongsi konten tanpa tunggu sempurna.
✔ Guna alat yang sesuai mengikut kemampuan, cukup dengan kamera asas dan ring light bajet pun dah memadai.
Planning konten awal guna TikTok content calendar memang banyak membantu.


🛍 Cadangan Untuk Anda Yang Baru Nak Mula

Kalau anda sedang merancang nak jadi TikTok Creator tahun ni, mungkin boleh mula dengan:
📸 Kamera rakaman asas & stabil: Klik sini
💡 Ring Light RGB mesra bajet: Klik sini
📅 Template TikTok Marketing Calendar


Lunaworks.co sedia bantu anda bina strategi konten dan naikkan jenama anda secara organik.
Semoga kisah 5 influencer viral ini beri semangat kepada anda untuk terus berkarya di TikTok!

Nak jadi inspirasi orang lain? Mula hari ini ✨

Untuk lebih banyak artikel menarik tentang keusahawanan, boleh layari laman Lunaworks.co.


PenafianPengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

%d bloggers like this: